Tuesday, July 19, 2011

PERHIMPUNAN KOKURIKULUM 2011







SEGAK BERUNIFORM

19 JULAI 2011( SELASA) - Perhimpunan Kokurikulum bulan Julai telah diadakan pada 12.7.2011, hari Isnin minggu ke-3. KPM telah menetapkan bahawa hari tersebut semua guru dan pelajar dikehendaki memakai pakaian unit-unit beruniform.

Di antara unit-unit uniform yang terdapat di sekolah ialah seperti Pengakap, Bulan Sabit Merah, Puteri Islam, Tunas Puteri, Kadet Bomba dan berbagai-bagai lagi.

Di SK Pt.Lapis,Batu Pahat, semua pelajar dan guru tidak terkecuali memakai pakaian unit-unit Beruniform. Unit uniform yang ada di sekolah saya ialah Pengakap, Bulan Sabit Merah, Tunas Kadet Remaja dan Puteri Islam.


Friday, July 1, 2011

KEBESARAN ALLAH

Imej Pelangi Kembar berada di atas
bumbung Masjid Kg.Pt.Lapis


Gambar di ambil dari atas bangunan
Pejabat SK Pt.Lapis


PELANGI PAGI ...!!!

20 JUN 2011 (ISNIN) - Hujan lebat dari malam hingga ke pagi. Parit hadapan dan keliling rumahku ditenggelami air. Kira-kira jam 8.00 pagi hujan mula berhenti. Jam 8.30 pagi kelihatan Sang Pelangi di awan biru. Pelangi yang kelihatan adalah berpasangan, sungguh cantik....!!!!

Itulah Kebesaran Allah pencipta alam...!!!!!




HARI GURU 2011




AKTIVITI HARI GURU SKPL


16 MEI 2011 - Hari Guru di seluruh Malaysia. Berbagai -bagai aktiviti sempena menyambut Hari Guru di SK Parit Lapis telah diadakan. Antaranya ialah persembahan nyanyian guru berkumpulan, mengikat tali leher, meneka guru, persembahan pelajar, meniup belon dan boling
Permainan boling dijalankan dua hari sebelum haru guru. Pasukan Pentadbir menjadi JOHAN Aktiviti pada hari guru dibuat dengan meriah sekali. Semua guru mengambil bahagian. Mereka semua sporting tanpa dipaksa.

HARI TERBUKA SK PARIT LAPIS 2011





AKADEMIK PELAJAR SETENGAH TAHUN

24 JUN 2011(JUMAAT)- Hari Terbuka SK Parit Lapis. Ramai ibu bapa dan penjaga hadir ke sekolah pada hari tersebut. Ibu bapa dan penjaga dapat berbincang berkenaan akademik serta sahsiah anak-anak mereka di sekolah.

Pihak sekolah mengucapkan berbanyak terima kasih kepada ibu bapa dan penjaga di atas keperihatinan anak-anak mereka di sekolah.
Hari Terbuka tersebut berakhir jam 11.30 pagi